Wednesday, 1 April 2020, 06:07 AM | No Comments »

PERLU ATAU TIDAK MELANTIK PEGUAM SYARIE?

Menurut Almarhum Syeikh Imam Prof. Mohd Abu Zuhrah mengenai Peguam Syarie adalah “Seorang yang alim mengenai undang-undang yang mampu mencari kebenaran pihak yang benar dan menolak kepalsuan pihak yang bersalah bersandarkan kepada ilmunya mengikut kehendak undang-undang dalam menegakkan hak dan kewajipan, pengekalan serta pengukuhan kepada kebebasan awam”.

 

Pada amnya, jika anda mempunyai kemusykilan dalam sesuatu masalah anda mungkin hanya perlu berjumpa dengan peguam hanya sekadar untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang masalah tersebut yang bersifat undang-undang, seterusnya anda boleh mengendalikan kes tersebut sendiri.

 

Namun, tidak semua permasalahan itu boleh diselesaikan tanpa melantik peguam, hal ini kerana proses di Mahkamah mengambil masa sekurang-kurang selama 3 bulan untuk diselesaikan bergantung kepada jenis kes, serta melalui prosedur yang agak rumit sekiranya anda adalah orang awam yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang.

 

Peguam Syarie selalunya diperlukan bila mana ia berkaitan dengan isu-isu syariah seperti kes berkaitan Faraid, Pengesahan hibah, Perceraian (Taklik, Fasakh), Tuntutan Harta sepencarian, Mutaah, Hadhanah dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi kes itu perlu melalui proses yang panjang dan prosedur Mahkamah yang merumitkan, dan melibatkan ramai pihak.

 

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang memungkinkan untuk anda melantik Peguam Syarie apabila anda berhadapan dengan situasi berikut;

 

1.         Apabila hakim mengarahkan anda untuk melantik Peguam Syarie. Dalam keadaan ini, anda tiada pilihan, Anda mesti mencari Peguam Syarie untuk mewakili anda supaya kes dapat diteruskan. Keadaan ini biasanya berlaku sekiranya pihak sebelah telahpun melantik Peguam Syarie manakala anda tidak diwakili sesiapa, jadi untuk memudahkan perbicaraan alangkah baiknya sekiranya anda melantik peguam, terutama sekali apabila kes itu perlu buat hujahan atau keterangan.  

 

2.         Bila seseorang itu sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa untuk turun naik Mahkamah. Jika anda bekerja dalam bidang yang amat terikat dengan masa dan komitmen, maka eloklah sekiranya anda melantik Peguam Syarie agar dapat mewakili anda didalam kebanyakan prosiding. Hal ini kerana jika anda tidak diwakili oleh peguam, segala tarikh yang telah ditetapkan oleh Mahkamah anda WAJIB hadir ke Mahkamah, jika tidak hadir Mahkamah boleh membuang kes tersebut.

 

Jika anda melantik Peguam Syarie, peguam tersebut boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengecualikan anda daripada kehadiran selepas sebutan yang pertama. Oleh itu, hanya Peguam Syarie sahaja yang perlu datang bagi pihak anda untuk setiap tarikh pengurusan kes. Kehadiran anda hanya diperlukan semula di Mahkamah semasa perbicaraan.

 

3.         Bila melibatkan isu undang-undang yang rumit. Seperti sedia maklum, proses diMahkamah ini melibatkan proses dan prosedur yang rumit kerana melibatkan peruntukan undang-undang seperti Enakmen Tatacara Mal, Enakmen Keluarga Islam, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan banyak lagi Statut yang akan diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

 

Ada tujuannya mengapa seorang Peguam Syarie menghabiskan sekurang-kurangnya 5 tahun untuk mendalami ilmu syariah, perundangan, prosedur dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membantu Mahkamah menyelesaikan kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit dengan perlu membuat kajian perundangan dalam bidang yang didalami oleh setiap Peguam Syarie.

 

Sekiranya anda tidak diwakili, hak anda mungkin dinafikan dan tidak dapat ditegakkan sebaiknya, kerana mustahil seseorang itu tahu seluruh hukum syarak dan prosedur perundangan dalam undang-undang Islam yang teramat luas konteksnya, tambahan pula setiap negeri di Malaysia ini mempunyai Enakmen dan amalan Mahkamah yang berbeza.

 

4.         Bila anda ada masalah mencari Defendan. Apabila anda seorang Plaintif (orang yang menuntut), dan anda mempunyai masalah untuk mendapatkan kerjasama Defendan (orang yang dituntut)untuk datang ke Mahkamah, sama ada kerana Defendan sudah hilang atau sengaja tidak mahu hadir atau dipenjara, maka khidmat peguam boleh digunakan untuk membantu anda membuat serahan sewajarnya kepada Defendan.

 

Sekiranya perlu kepada serahan secara ganti seperti melalui iklan surat khabar atau secara tampalan, maka peguam boleh membantu melakukan perkara ini dengan lebih tepat dan mengikut prosedur Mahkamah, supaya anda boleh meneruskan kes itu sebelah pihak sekiranya Defendan masih gagal hadir. Sesetengah kes kehadiran pihak defendan adalah wajib, maka Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap dan meminta bantuan polis untuk paksa Defendan hadir ke Mahkamah.

 

5.         Bila anda ada peruntukan yang mencukupi. Kebanyakan masyarakat tidak melantik seorang peguam kerana tidak mampu untuk membayar fi atau kos guaman yang kadangkala bayaran tersebut terlalu mahal. Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar tidak mampu tetatpi kes anda memerlukan lantikan seorang peguam, maka anda boleh memohon bantuan di Jabatan Bantuan Guaman dan berbincanglah berkenaan perkara ini.

 

Sekiranya anda mampu untuk membayar seorang peguam, anda harus tahu bahawa bayaran Peguam Syarie kebiasaannya berbeza mengikut senioriti dan populariti firma masing-masing. Selidik dan bandingkanlah prestasi peguam sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana Peguam Syarie supaya anda diwakili mengikut kemampuan anda.

 

Oleh itu, persoalan “perlu atau tidak melantik Peguam Syarie?’ adalah bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. Akan tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, khidmat seorang peguam amatlah diperlukan bagi memudahkan anda menyelesaikan urusan di Mahkamah dengan lebih efisyen. Akhir kata, sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat peguam, anda boleh menghubungi peguam dari Tetuan Yazid Saat & Associates melalui talian 018-4000455/ 03-38317355.


Ingin dapatkan
Khidmat Nasihat & Peguam Syarie?
 
Boleh hubungi kami dengan melengkapkan borang di bawah
atau terus telefon dan WhatsApp kami.

Lengkapkan maklumat di bawah & kami akan hubungi anda.

HUBUNGI KAMI
Dapatkan khidmat nasihat & solusi penyelesaian terbaik untuk kes anda.
+60184000455
| UTAMA | MENGENAI KAMI | PERKHIDMATAN | ARTIKEL | HUBUNGI KAMI |

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut Undang-Undang, Hukum Syarak, fakta semasa dan dari ulasan Pengamal Undang-Undang sebenar. Pelanggan dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ini seperti arahan dan nasihat kami. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah berlaku kepada pelanggan di atas penggunaan perkhidmatan ini yang berpunca daripada pelanggan sendiri.

  Peguam Syarie Yazid Saat & Associates, All Rights Reserved.

Hit counter: 838
This website may use Cookies
This website may use Cookies in order to work better. At anytime you can disable or manage it in your browser's settings. Using our website, means you agree with Cookies usage.

OK, I understand or More Info
Cookies Information
This website may use Cookies in order to work better. At anytime you can disable or manage it in your browser's settings. Using our website, means you agree with Cookies usage.
OK, I understand